pareidolia maghrib
Empirica, Selatan Jakarta, Mac 2019. Fujifilm 200 luput + Canon Prima mini
Memerhati bayang-bayang
dedahan, ranting, pokok
atas pintu putih ditutup rapat
dikunci
Koreografi asli tanpa
pelan
mengerti sedu sedan
sendiri
Entropy
sambil ditertawa arnab
atas bulan
Begini,
nasib Abu, dia membuka
langkah
untuk buah fikirannya
yang tak pernah nak
dipertengah
Kan
Abu masih mentah, Abu
harus diasah
Abu tak didengari walau
berkata benar
Ya, satria kita keras
kepala
susah beralah sesama
manusia
rumit nak faham, hadam, hadap si
tua
Dia
Duri pada kaki si kucing,
hancing kencing si
anjing,
mesti dibuang, disuci
debu tanah tiga kali yang
dalam ketidaksabaran dikeji
Cis
Raqib bilang semua hanya
dugaan
Atid membakar buka mata
kerana ini bukan cobaan
Tinggi Abu menatang
segala didepannya
dalam kedalam bumi
ditanam amarah pada segala
Memerhati bayang-bayang,
bagi Abu memang senang
Dalang bikin fikiran tak
tenang
Selagi dalam cengkerang
ini
manusia kan tetap merajuk,
‘Hati’
kata lain untuk
organ takkan dapat dipujuk.
Kuala Lumpur, April 2019, Fujifilm 200 luput + Canon prima mini


Comments
Post a Comment